RAMADHAN BUFFET 2017 RED BOX PLUS PAVILION KL



Bermula 25 Mei hingga 24 Jun ini, pengunjung boleh menikmati lebih 40 hidangan bertemakan “Selera Muhibah” yang dijamin menepati selera semua pengunjung pusat karaoke berkonsepkan keluarga, Red Box PLUS, di Tingkat 5, Pavilion Kuala Lumpur.


Hidangan buffet bermula seawal jam 6.30 petang hingga 10 malam dengan harga serendah RM70 seorang. Harga promosi ini sah setiap hari Ahad hingga Khamis bagi pengunjung yang berdaftar sebelum jam 8 malam. Sementara harga yang ditawarkan untuk setiap Jumaat dan Sabtu pula ialah RM76 seorang, di mana pelanggan dapat menikmati tambahan pada Menu utama iaitu Ikan Bakar dan Ayam Percik. Ikan Bakar seperti ikan selar, ikan pari, ikan cencaru pastinya enak dimakan bersama nasi panas selain Ayam Panggang yang dicurah dengan sambal percik. Menariknya, kedua-dua hidangan ini disediakan menggunakan resepi ‘homemade paste’ Awang Brand.


Sememangnya, tiada masakan lebih enak selain dengan hidangan kampung yang disediakan dengan ramuan asli dan citarasa tradisional. Tidak hairanlah jika pes Awang Brand semakin menjadi pillihan bukan sahaja di pasaran, malah untuk tujuan kolaborasi buffet “Selera Muhibah” Red Box PLUS pada kali ini.


Antara sajian lain yang disediakan berasaskan pes Awang Brand adalah Udang Masak Sambal Petai, Rendang Tok, Masak Asam Pedas Ikan Tenggiri dan Ketam Masak Lemak Cili Padi. 


Tidak lengkap “Selera Muhibah” tanpa hidangan tempatan dan internasional pilihan ramai seperti Kailan Ikan Masin, Itik Panggang, Ikan Stim Halia, Sotong Goreng Telur Masin, Stek Daging dengan sos lada hitam, Kambing Panggang, Spaghetti Carbonara dan banyak lagi. Sajian pembuka selera seperti Sup Cendawan, Garlic Bread, Keropok (crakers), Kerabu, Ulam-ulaman, Rojak Buah, turut disediakan.


Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati pelbagai hidangan sejuk segar seperti Oyster dan Makanan Laut Segar, serta pencuci mulut dan Buah-buahan serta pelbagai jenis Pastri dan Kuih Muih Tradisional Melayu. Turut tersedia, hidangan air panas dan sejuk dengan penggunaan bilik eksklusif selama 3 jam.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi Red Box PLUS Karaoke, Pavilion Kuala Lumpur di talian 03-2148 3322 atau layari www.redbox.com.my.

Comments

Post a Comment