Kuala Lumpur
bakal menganjurkan kejohanan Sukan SEA 2017 kali ke-29 selepas kali terakhir
dianjurkan di negara ini pada tahun 2001. Penganjuran acara yang bakal
berlangsung sepanjang Ogos 2017 bertepatan dengan sambutan kemerdekaan Malaysia
ke-60 yang akan disambut pada 31 Ogos kelak.
Hadir
dalam rekabentuk bi-logam, syiling edisi khas Sukan SEA 2017 direka dalam
gabungan kemasan emas dan perak, menzahirkan elemen eksklusif rekaan koleksi
terhad ini. Kemasan luar yang diperbuat daripada perak 99.9% (berat 2.975g)
mengelilingi kepingan emas 99.99% (berat 0.5g) turut disertakan dengan tekad
grafik acara sukan berprestij ini.
Dengan jumlah pengeluaran hanya 5000 keping,
Nubex yakin pasaran syiling ekslusif bakal menerima sambutan baik pembeli
tempatan dan antarabangsa.
“Kami
di Nubex yakin syiling edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan menerima
sambutan ramai. Syiling bi-logam ini
juga adalah koleksi edisi unik kerana menggabungkan elemen emas 99.99% dan
perak 99.9%,” menurut Bakhtiar Abd Majid Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd
Syiling
edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dijual pada harga RM177.00 (termasuk
GST) dan pra-tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.nubex.my mulai
17 Julai 2017. Nubex Sdn Bhd adalah empunya hak pengedaran cenderamata premium
bagi acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kali ke-29.
Untuk
maklumat lanjut berkenaan syiling dinar emas dan dirham perak, layari laman
atas talian www.nubex.my. Ikuti laman sosial Nubex di Facebook dan Instagram
menerusi akaun @nubex_my untuk jualan produk terkini dan perkembangan semasa.
Comments
Post a Comment