Nubex
Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar sah jongkong emas, perak serta logam bernilai
lain di Malaysia melancarkan syiling edisi khas Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia
yang ke-60 pada 7 Ogos lalu. Syiling dirham yang diperbuat dengan perak tulen
99.9% dengan berat 5.950 gram dihasilkan cuma 3000 keping untuk jualan menerusi
platform atas talian www.nubex.my
Syiling
Dirham edisi terhad ini menampilkan lakaran kombinasi Jalur Gemilang pada gelang
syiling bahagian luar disulami cetakan 60 tahun kemerdekaan manakala lakaran
syiling tengah mengandungi imej tugu negara. Menarik mengenai syiling ini,
ianya adalah pertama kali diperkenalkan di dunia yang membolehkan kepingan syiling
diceraikan kepada dua kepingan dengan setiap satunya (2.975 gram) boleh
dijadikan koleksi bernilai untuk pelaburan.
“Nubex
Sdn Bhd optimis untuk terus menjadi pelopor kepada produk keluaran logam
bernilai edisi terhad di Malaysia. Berdasarkan sambutan kepada keluaran syiling
khas sebelum ini, syiling dirham kemerdekaan ini juga habis terjual dalam masa
kurang sejam,” menurut Bakhtiar Abd Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn
Bhd.
“Pertama
kali dihasilkan di dunia, dua kepingan dirham yang digabungkan dalam satu
keluaran syiling menampilkan nilai eksklusif serta estetika tersendiri untuk
pengumpul syiling tempatan. Tampilan ciri unik pada syiling edisi terhad yang
dijual pada harga pasaran RM 29.00 (harga ahli RM26.00) bermula pada 7 Ogos
lalu adalah hadiah istimewa bersempena ulangtahun Malaysia tahun ini,” ujar Mohd
Fayzi Omar, Ketua Pegawai Kreatif Nubex Sdn Bhd.
Nubex
Sdn Bhd yang ditubuhkan semenjak tahun 2009 sehingga kini adalah pelopor utama
aktiviti pembuatan serta pengedaran logam bernilai emas, perak dan lain-lain
secara sah di Malaysia. Nubex turut mengedarkan logam emas yang diimport dari
luar negara untuk pasaran tempatan menerusi laman dagangnya.
Untuk
maklumat lanjut berkenaan syiling dinar emas dan dirham perak lain, layari
laman atas talian www.nubex.my. Ikuti laman sosial Nubex di Facebook dan
Instagram menerusi akaun @nubex_my untuk jualan produk terkini dan perkembangan
semasa.
Comments
Post a Comment