tonton SIAR KOLEKSI SIRI TERBAIK MARVEL, CLOAK & DAGGER


Penampilan ulung siri adiwira Marvel di Malaysia secara eksklusif di tonton, siaran seawal 24 jam selepas tayangan perdana di Amerika Syarikat .

Tayangan di tonton Bermula 8 Jun 2018, 
Episod baharu setiap Jumaat, 9.00 malam 
Durasi 10 episod x 60 minit

Apa yang terjadi jika cahaya dan kegelapan bergabung? Adakah magis sentuhan mampu menyelamatkan dunia? Apakah yang anda mampu lakukan apabila mengetahui nasib dunia kini di kawalan tangan yang salah? 

Platform penstriman nombor satu Malaysia, tonton membawakan siri adiwira baharu dari komik Marvel ‘’Cloak & Dagger’’, merancakkan lagi capaian koleksi siri TV Marvel. Selepas kejayaan siri Runaways dan Inhumans yang disiarkan tahun lalu, lebih 8 juta pengguna tonton kini berpeluang menonton siri Marvel Cloak & Dagger secara eksklusif di tonton, menerusi siaran perdana selama 2 jam bermula 9 malam, 8 Jun 2018; seawal 24 jam selepas tayangan perdana di Amerika Syarikat. 

“PASANGAN ANUGERAH” 

Siri komik Marvel ‘’Cloak & Dagger’’ ini mengisahkan dua remaja, Tandy Bowen (Olivia Holt) dan Tyrone Johnson (Aubrey Joseph) yang menemui kuasa mereka secara tidak sengaja, dan saling berkaitan antara satu sama lain. Mempunyai latar-belakang kehidupan yang berbeza, Tandy adalah gadis istimewa yang hidup merempat di pinggir bandar selepas rumahnya musnah dilanda taufan Katrina. Manakala Tyron yang berasal dari keluarga berada mulai jatuh cinta kepada Tandy dan adalah menjadi tugas mereka untuk menyelamatkan dunia menggunakan kuasa yang telah dianugerahkan.


Sebuah karya oleh Joe Pokaski yang berlatar-belakangkan kota budaya New Orleans, siri ini menampilkan tema persahabatan, pengorbanan dan keberanian, menjadikan kandungannya ideal dan segar buat tontonan golongan muda.

Adakah Tandy dan Tyrone mampu berhadapan dengan kehilangan dan ketakutan melalui kuasa mereka? Adakah pasangan ini sanggup mengorbankan nyawa sendiri demi menyelamatkan dunia? Saksikan pengakhiran siri Marvel Cloak & Dagger selama 10 episod secara eksklusif di www.tonton.com.my pada setiap Jumaat, 9.00 malam bermula 8 Jun 2018.


Menampilkan wajah baharu dalam industri seni, Aubrey Joseph dan Olivia Holt memainkan peranan utama menerusi watak Tyrone (Cloak) dan Tandy (Dagger). Siri ini turut menampilkan pelakon pembantu terkenal termasuk Andrea Roth (Rescue Me, Blue Bloods), Gloria Reuben (ER, Mr. Robot), Miles Mussenden (Bloodline, Queen Sugar), Carl Lundstedt (Grey’s Anatomy, Conviction), James Saito (Life of Pi, The Devil’s Advocate) dan J.D. Evermore (True Detective, The Walking Dead). 

“Menerusi sambutan hebat yang diterima oleh siri Marvel terdahulu Runaways dan Inhumans, kami yakin bahawa Cloak & Dagger akan turut menerima respon positif di kalangan 8 juta pengguna tonton’’, ulas Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

Tambahnya lagi, “Penonton boleh menonton siri ini dalam masa 24 jam selepas tayangan perdana di Amerika Syarikat bermula 8 Jun 2018. Seleksi siri Marvel terbaik ini membuktikan usaha tonton yang berterusan dalam menyediakan program terbaik buat para pengguna kami walau di mana sahaja.”


Episod
A.S. Tayangan Perdana
(A.S. Tarikh & Masa)
Tarikh tayangan tonton
(Malaysia Tarikh & Masa)
1
7 Jun 2018 (Khamis), 8 mlm
8 Jun 2018 (Jumaat), 9 mlm
2
7 Jun 2018 (Khamis), 8 mlm
8 Jun 2018 (Jumaat), 9 mlm
3
14 Jun 2018 (Khamis), 8 mlm
15 Jun 2018 (Jumaat), 9 mlm
4
21 Jun 2018 (Khamis), 8 mlm
22 Jun 2018 (Jumaat), 9 mlm
5
28 Jun 2018 (Khamis), 8 mlm
29 Jun 2018 (Jumaat), 9 mlm
6
5 Julai 2018 (Khamis), 8 mlm
6 Julai 2018 (Jumaat), 9 mlm
7
12 Julai 2018 (Khamis), 8 mlm
13 Julai 2018 (Jumaat), 9 mlm
8
19 Julai 2018 (Khamis), 8 mlm
20 Julai 2018 (Jumaat), 9 mlm
9
26 Julai 2018 (Khamis), 8 mlm
27 Julai 2018 (Jumaat), 9 mlm
10
2 Ogos 2018 (Khamis), 8 mlm
3 Ogos 2018 (Jumaat), 9 mlm


Tajuk
Marvel’s Cloak & Dagger
Tarikh Tayangan / Masa
8 Jun 2018, episod baharu setiap hari Jumaat, 9.00 mlm
Deskripsi
Siri Marvel
Durasi
60 minit
Episod
10
Produksi / Diterbitkan oleh
ABC Signature Studios, Marvel Television
Adaptasi dari
Cloak & Dagger daripada Bill Mantlo dan Ed Hannigan
Produser Eksekutif
Joe Pokaski
Jim Chory
Jeph Loeb
Pelakon
Olivia Holt sebagai Tandy Bowen
Aubrey Joseph sebagai Tyrone Johnson
Andrea Roth sebagai Melissa Bowen
Gloria Reuben sebagai Adina Johnson
Miles Mussenden sebagai Otis Johnson
Carl Lundstedt sebagai Liam
James Saito sebagai Dr. Bernard Sanjo
J.D. Evermore sebagai Detective Connors 

Di samping itu, dapatkan barangan eksklusif dan edisi terhad tonton di tonton.roopawan.com serta dapatkan diskaun khas sehingga 50% di www.11street.my bermula 18 Mei 2018 ini untuk langganan tonton VIP. 

Kini, pengguna tonton di Malaysia boleh menikmati program TV dan rancangan kegemaran secara PERCUMA. Alami variasi pengalaman tontonan meluas melalui akses ke arkib hiburan terbesar Malaysia terdiri daripada berita, sukan, hiburan, kandungan premium dan klasik emas tonton, selain dapat menikmati siaran episod keseluruhan secara terus-menerus (‘binge-watch’). 

Teruskan melanggan pakej tonton VIP yang menawarkan program-program secara live, saluran premium, siri eksklusif tonton original, dan arkib video lebih 36,000 jam pengalaman video tanpa iklan. Pelan langganan VIP bermula dari serendah RM3. 

tonton turut memperkenalkan xtra - portal berita hiburan dan gaya hidup; melengkapkan lagi pengalaman tontonan secara atas talian. xtra merangkumi perkembangan hiburan semasa, kontroversi, kisah viral, serta gaya hidup dari lensa penonton. xtra adalah satu-satunya portal di Malaysia yang menampilkan siaran LIVE TV secara PERCUMA. Ketahui segala yang kontroversi di sebalik tabir, terkini dan sensasi dari seluruh negara di xtra, portal teras Rangkaian TV Media Prima. Layari www.xtra.com.my untuk maklumat lanjut! 

tonton juga boleh diakses di Singapura menerusi aplikasi My Singtel di Singtel Cast, manakala pelanggan DST di Brunei boleh melanggan tonton dengan memuat turun App atau mengakses portal dalam talian melalui www.tonton.com.my. Kedua-dua aplikasi boleh didapati melalui Google Play Store atau AppStore. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my. Ikuti kami melalui platform media sosial kami: 

Facebook: tontonMY 

Twitter: tontonMY 

Instagram: tontonMY 

Hashtag kami di #tontonMY #tontonMacamVIP 



Ada soalan? Ping kami di perkhidmatan sembang LIVE kami atau hubungi kami di 03-2717 2020! 

Comments